31 July 2010

tuhan tolong

terima kasih kirimkan aku keluarga dan kawan kawan yang indah serta kirimkan mereka yang sentiasa ada di sebelah menyebelah untuk buat aku senang sentiasa tapi tolong ajar aku jadi indah juga untuk mereka kerana selalu aja aku rasa tak berguna pada mereka kerana selalu aja aku rasa sering sakitkan mereka,memang aku perlu bantuan untuk jadi indah buat manusia manusia ini,

bila saja hujan turun tolong aku tadah mereka aku tak mahu hujan jadi sia sia

bila saja matahari muncul ikut aku teriak terima kasih tuhan kirim matahari itu biar matahari dengar dan rasa tenang seperti cahayanya

bila saja pelangi ada biar aku lari dan memeluk pelangi supaya pelangi tahu aku sedang gembira

kerana hujan matahari dan pelangi macam keluarga dan kawan kawan yang sentiasa buat aku cuba jadi indah buat mereka meski mereka sendiri belum pasti kalau aku benar benar perfect untuk mereka

No comments:

Post a Comment