24 December 2010

Riuh.

Itu aku rasa bila kau ada. Tapi riuh dalam hati sahaja. Riuh macam ada pesta ria dalam jiwa dan macam ada rama rama dalam perut. Memang klise kalau aku kata aku cool bila ada laki laki hensem depan mata. Bidaah. Mereka buat aku rasa aku bukan aku. Buat aku rasa paling bodoh dan paling hodoh.

Banyak perkara aku nak sembunyikan bila kau ada. Nak sorok semua kelemahan aku dan bagi yang manis manis saja supaya kau nampak aku seorang perempuan normal. Hakikatnya aku memang tak normal. Errrr aku rasa hati aku separuh siap minda aku separuh siap dan semuanya separuh siap.

Bila ada rasa rindu memang payah nak hidup sebab aku selalu buang masa pikir pasal kau yang tak peduli pun aku ada atau tak. Sama. Aku rasa aku selalu nampak mati depan kau. Aku harap hari ini hujan lebat lagi di Taman Seri Rapat. Hujan lebat ribut dan angin kencang. Biar angin hujan bawa lari rindu aku. Manusia macam aku memang lemah. Dengan rindu pun errr boleh kalah.


No comments:

Post a Comment