18 March 2011

why

Kenapa aku masih berblog. Kenapa rasa jemu tk pernah datang. Datanglah wahai jemu. Biar aku bosan dengan bloging. Bosan sampai aku lupa url aku sendiri. Supaya bila bosan dengan blog aku boleh buka buku dan kertas kerja yang sepatutnya aku siapkan. Buku dan tugasan atau bahasa comel nya homework yang kena submit minggu pertama selepas aku menjamah seminggu cuti aku yang agak ironi dan konflik.

Bosan. Hidup di kejar hantu. Dikejar konflik. Hantu addmath. Hantu physic. Hantu chemistry. Semua macam bersatu nak bunuh aku. ERR. Tolonglah jangan macam nie. Dan konflik paling besar ialah rasa bersalah. Bersalah pada diri sendiri.

Sepatutnya seminggu aku cuti untuk rehat. Go back home and get rest bukan go back home and get mess. Bila aku mula buat homework mulalah rasa kesian dengan janji aku pada otak sendiri untuk go back home and get rest tapi bila tk buat sampai sekolah nanti mulalah kelam kabut. Mulalah go back home and get mess. Messing around with the books and handout and apa lagi. You name it. Aku selalu pilih jalan selamat. Dengan berdiam diri. Shut up. Mati di situ.

Jangan contohi aku. Bukan tak boleh berjaya tapi lambat sedikit.


No comments:

Post a Comment